.::buatPEMBACA::.

.::salam::.
selamat datang ke blog syifa;))
. . .
Semoga anda terhibur dengan kisah hidup seorang insan yang seringkali tersungkur.
Namun dengan hati yang tabah dan semangat yang kental dia bisa berdiri dengan sendiri.
Hidupnya penuh suka dan duka.
Adakalanya dia di atas , mengecapi kejayaan .
Adakalanya juga dia berada di bawah , menangisi kegagalan .
Namun , dia tidak cepat putus asa .
PENGALAMAN MEMATANGKAN DIRINYA .
Dia tahu , ALLAH sentiasa berada di sisinya .
Dia juga tahu , ALLAH sedang menguji dirinya .
Alhamdulillah . . .
Harapannya cuma satu . . .
DIA MENGINGINKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. . .

Friday, October 9, 2009

PMR ~~

Lama sangat dah tak update blog ni . huhu . Sibuk sangat kot sampai takde masa nak berdepan ngan laptop nih . huaaa . . .

Yes now saya tengah berperang . PMR~~ boleh tahan gak la soalan die tapi alhamdulillah dapat jugak saya jawab . Hmm . rasa-rasanya tu je yang dapat saya bagitau setakat ni . I don't want to burn the candle at both ends . huhu .

Assalamualaikum .
Saya yang ingin melakukan yang terbaik .
Syifa . . .

Saturday, September 12, 2009

? ? ?

Alhamdulillah . . . sekali lagi saya dapat jawab soalan . English Language (Khamis) n Pendidikan Islam (Jumaat) . . Semalam tak sempat nak update blog . Bz sangat2 . . . huhu .

"La nii tgh chatting dengan Naz . Kawan saya yang dah pindah sekolah . Rindu la kat dia .  . ."


. . saya lebih suka belajar sampai lewat malam . . entah laa . Maybe time malam tu sunyi dan saya rasa boleh masuk semuanya kott . . huhu . . tapi kann . . kalau selalu sangat . . nanti matasaya jadi macam PANDA EYES . . wuarghh!!!





Wednesday, September 9, 2009

Hidup ini . . .


Segala isi hati yang terbuku akhirnya dikeluarkan . . .saya bersama kawan-kawan (niesa dan syahmi) berkumpul di meja saya . Masing-masing meluahkan masalah dan saling nasihat-menasihati . "Kita memang sikpat lari dari masalah . . ." saya cakap kat diorang (lam bm sarawak;)) . . maksudnya kita takkan dapat lari masalah . Setiap orang pasti ada masalah sendiri . Inilah lumrah hidup . . .













UJIAN BERLANGSUNG . . . boleh tahan gak laa soalan dia . Memang benar-benar mencabar punya . . . tapi alhamdulillah saya dapat jawab dalam masa yang ditetapkan ;))
Hari ni ujian Bahasa Malaysia . Esok lak English Language . Fuh! saya mesti buat yang terbaik punyaaa!!
Chaiyok!! ;D


Tuesday, September 8, 2009

Tiada yang sempurna . .


Hari ini macam biase je . saya dan geng semuanya hepi-hepi jek ;)) Tapi . . . dalam kegembiraan ada juga kesedihan . Kawan saya yang sorang ni haa . . . sedih sangatt . Pagi-pagi lagi dah bad mood . saya nampak dia kat Jambatan Koperasi . . termenung sorang-sorang time saya jalan nak masuk kelas . . . sian dia . . kenapa ek? Ada sesetengah orang tu susah sangat nak memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang yang berbuat salah kat dia sudah menyesal dan meminta maaf darinya??

. . .saya pun tak faham arr perangai kawan saya sorang nih . Aneh sangat . Sukar sangat ke dia nak lupakan hal dulu dan memaafkan kawan saya yang bad mood tu . . . dia kan sedar apa kesalahan dia dan dia bersungguh nak minta maaf . . .
 Sepatutnya dia maafkan aje kan?? FORGIVE AND FORGET .

Monday, September 7, 2009

Aneh lagi pelik. .



alahai . . apa nak jadi hari ni ek? macam-macam benda pelik berlaku . uishh . dasyatt pulak tu . . .(dasyat sangat ke??) memang dasyat . saya betul-betul tak sangka . camne benda ni boleh berlaku??? apakah maksud segala ini ya Allah? hambaMu buntu dalam mencari jawapan . keliru . . tetapi . . Engkaulah yang menentukan segala-galanya . hambaMu ini hanya mampu merancang . .

hari ini indah seperti biasa . . . sekolah . . belajar . . . jumpa kawan . . . sempat pulak nak main2 dengan diorang . ape tak nye . . . rindu laa katakann;)) bermacam ragam warga smk kai chung hari nih . esok ade perhimpunan . entah apa lagi yang pengetua nak cakap esok . mesti dia bengang pasal result kami . huhu . . . tadi dia masuk kelas saya . bagi report card kat kitorang . setelah dia panggil kawan2 saya (nama dipanggil alphabetically) . . "DAYANG NURUL SYIFA" . .nah . dia panggil . . dengan takde perasaan langsung saya pergi la kat depan . dengan mka yang tersengih-sengih saya berdiri kat sebelah dia . "keputusan ok . . . science banyak menurun ea . . sejarah jugak . purata turun 3 markah jadi kena pukul satu kali" . . . saya kata apa?? saya takde kata apa2 pun . saya merelakan diri dipukul . lagipun ini sebagai satu peringatan buat diri saya agar terus membaiki kelemahan diri . . . ;))

"Gunalah kekuatan orang lain untuk memperbaiki kelemahan diri"

Sunday, September 6, 2009

. . .

alhamdulillah . . kita dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan . setakat ni . . saya takde masalah nak berpuasa . syukur sangat!;)) yeay!! kalau boleh . . puasa tahun ni nak full . . takyah nak berhutang dengan ALLAH kann?? nanti kang terlupa nak bayar . . camne nak jawab ngan ALLAH?? tapi . . inilah dugaan dari-Nya . saya terima je . .

tak lama lagi nak ujian ni . (takottt!!) percubaan pmr 2 dekat jee . . hari rabu laa saya ujian . .uhuuu . buku belum disentuh lagi ni . apa nak jadi laa dengan saya ni eaa? nanti menyesal tak guna . sesungguhnya menyesal itu sifat terkotor . huhuu . . .

percubaan yang pertama hari tu oke laa . . tp yang pasti purata saya menurun . kalau ujian penggal pertama hari tu saya dapat 86 poin something something (x ingat nombor ape kat blakang. .) . .kedudukan dalam kelas - Nombor 2 . .menurun gak . ujian pertengahan penggal pertama saya dapat nombor 1 tapi purata sikit je . 84.00 - ujian penggal pertama purata naik;)) syukurrr . . kali ni saya dapat nombor 2 gakk . . 6A 2B . . . apa kejadahnye nii??? kacau betul la B tuu . . huhu .

"haa . . padan dengan muka kau fafa . sape suruh tak serius bila belajar?? nah amik kau!
dush2!!"



. . . perbualan di antara hati dan akal .






BLOG baru!;))


alhamdulillah . dapat jugak buat blog baru ea . . saje je ni . mehehe;)) yang ni saya buat sebab nak kongsikan pengalaman pahit manis saya bersama kawan2;)) YESS!! finally . . blog ni saya buat sekadar suka2 tapi ada matlamatnya yang tersendiri ( pe bendee??? ) yang satu lagi tu (www.dayang534.blogspot.com) untuk berdakwah ( boleh laa kann;) ) . . kira camtu laa . yang ni . . .saya berazam nak kongsi dengan pembaca2 yang sudi membaca kisah hidup saya . yang sudi je ke?? tak laa . mana2 laa kan;)) generalisasinya . . harap2 anda semua terhibur dengan cerita saya ea? assalamualaikum . .

;;
Blog Widget by LinkWithin